Dr Wan Azizah ajak jaga keharmonian negara


TIMBALAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua rakyat dinegara ini untuk sama-sama mengekalkan perpaduan dan keamanan negara.

Tegasnya, isu perpaduan antara rakyat tidak boleh dipandang remeh  kerana ia menggambarkan kesatuan yang dibangunkan atas kepelbagaian agama, kaum, bahasa dan budaya.

Beliau berkata, di sebalik perbezaan agama, kaum, budaya dan bahasa, rakyat di negara ini sebenarnya berkongsi pelbagai nilai yang dimiliki bersama.

“Adalah senang untuk mengamalkan mentaliti sekawan iaitu kita dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk mempraktikkan tingkah laku mereka berdasarkan emosi daripada asas rasional.

“Namun ia berbahaya kerana kita dapat dipengaruhi untuk melakukan sesuatu yang boleh mengancam keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Dr Wan Azizah berucap pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bagi Parlimen Pandan di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah di sini, malam tadi.

Tambahnya lagi, rakyat tidak boleh membenarkan mereka yang mempunyai agenda tersendiri untuk menyemarakkan sentimen perkauman di negara kita.

Post a comment

0 Comments