Generasi muda perlu kikis fahaman perkauman - Anwar


CORAK pemikiran berteraskan fahaman perkauman yang sempit yang semakin memgusarkan dikalangan generasi muda hari ini perlu dikikis, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menegaskan, mereka (generasi muda) sepatutnya diajar cara hidup berpaksikan kepada semangat kemanusiaan yang tinggi, beretika dan berakhlak mulia sebagai pegangan hidup seharian mereka.

Malah Pakatan Harapan (HARAPAN) juga mesti mendidik golongan itu mempertahankan nilai kebaikan dan keadilan dan menolak serta melawan kejahatan dan kezaliman.

"Kalau orang Melayu pertahankan kebaikan dan keadilan, kita sokong. Begitu juga jika orang Cina pertahankan keadilan dan kemanusiaan kita sokong...begitu juga untuk orang Dayak, Melanau dan lain-lain,"

"Tapi jikalau ada orang Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain yang pertahankan kezaliman dan rasuah, kita mesti lawan," katanya dalam ucapan pada rumah terbuka HARAPAN Sarawak baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum HARAPAN berkata di semenanjung Malaysia terdapat desas desus politik rasis yang diamalkan ahli politik yang terdesak, yang tiada kekuatan moral dan tiada integriti serta yang takut kerana mereka bergelumang dalam rasuah atau salah laku dan penyalahgunaan kuasa.

"Itu sahajalah modal mereka iaitu 'racism'. Tetapi kita , di pihak majoriti mesti berdiri teguh bersama. Keadilan, DAP, Bersatu dan Amanah tegas untuk mempertahankan prinsip yang kita pegang," katanya.

Sebagai rekod, Anwar bukan pemimpin pertama yang membangkitkan rasa gusar dengan sikap pihak yang gemar meniup api perkauman.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada September lalu membuat ingatan serupa agar perbuatan membangkitkan isu perkauman dihentikan segera supaya keselamatan nyawa, keselamatan harta benda warga tidak berdosa dilindungi

Post a comment

0 Comments