Gunung Merapi di Jawa meletus



GUNUNG berapi paling aktif di Indonesia meletus hari ini dan turut membebaskan debu tebal setinggi 2,000  meter ke permukaan udara.

Gunung Merapi di kepulauan Jawa itu dilapor meletus jam 6.16 waktu Malaysia.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi memaklumkan debu dibebaskan Merapi turut menyelubungi kawasan sekitar 10 kilometer persegi.

Susulan letusan itu, pihak berkuasa menasihatkan orang awam tidak menghampiri zon lingkungan tiga kilometer dari kawasan gunung berapi tersebut yang terletak berhampiran Yogyakarta.

pihak berkuasa Yogyakarta menetapkan status gunung berapi itu pada tahap II atau waspada, mereka turut menasihatkan pesawat komersial supaya sentiasa berwaspada jika melalui kawasan itu.

Terdahulu, aksi letusan kira-kira 150 saat itu berjaya dirakam pusat pemantauan yang memaparkannya secara langsung di saluran YouTube.

Melalui rakaman itu, kawah gunung yang pada mulanya tenang mula memuntahkan kepulan asap tebal setinggi 2,000 meter ke udara.

Letusan terakhir Merapi pada 2010 telah meragut lebih 300 nyawa selain memaksa kira-kira 280,000 penduduk dipindahkan.

Post a comment

0 Comments