Hantar beg berisi duit ke kediaman Rosmah


SEORANG
pemandu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia pernah menghantar “dua buah beg sekolah” penuh  wang tunai ke kediaman Rosmah Mansor.

Shamsul Rizal Sharbini yang dipetik laporan Malaysiakini berkata,  ia berlaku sebelum syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd-memperoleh kontrak untuk membekalkan tenaga solar untuk sekolah-sekolah di luar bandar di Sarawak bernilai RM1.2 billion.

Menurutnya,  dia membeli dua beg berwarna hitam dengan garisan oren atas arahan Saidi Abang Samsudin untuk diisi dengan beberapa ikatan wang.

Saidi merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin

Syarikat itu memperoleh kontrak untuk membekalkan tenaga solar untuk sekolah-sekolah di luar bandar di Sarawak bernilai RM1.2 billion.


BACA: Solar- Bekas menteri dakwa terima arahan dari Najib

"Saya ke bank dengan beg tersebut seperti diarahkan Saidi. Saya diarahkan untuk meletakkan beberapa ikat wang berjumlah RM100 ke dalam beg itu. Kejadian berlaku di bilik kebal (cawangan) Maybank.

“Saya tidak mengira wang tersebut dan terus meletakkannya ke dalam dua beg berkenaan. Saya bawa beg itu dan letakkan dalam bonet kereta,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh pendakwa raya Mustafa Kunyalam pada perbicaraan kes rasuah melibatkan Rosmah.

Rosmah, 68, sedang berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Semalam, seorang kakitangan cawangan Maybank Medan Tuanku yang memberi keterangan mendakwa, Saidi mengeluarkan wang secara tunai sebanyak RM5 juta pada 20 Disember 2016, dan RM1.5 juta pada 7 Sept 2017.


BACA: Kebebasan bersuara bukan ruang sebar fitnah - AG

Sementara itu Shamsul mengenal pasti sofa hijau dalam kediaman Rosmah di mana dia meninggalkan kedua-dua beg itu memalui foto yang ditunjukkan.

Saidi yang imejnya turut berada dalam foto berkenaan turut disahkan.

“Saya bawa dua beg itu dengan wang (di dalamnya). Namun kamu cuma boleh nampak seorang dalam foto ini,” katanya menambah gambarnya tidak kelihatan kerana sudut rakaman.

Rosmah sebelum ini mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dikenakan terhadapnya. 

Post a comment

0 Comments