HARAPAN Johor musnah


GABUNGAN
Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor yang mengambil alih pentadbiran negeri dari Umno-BN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu runtuh.

Istana Johor hari ini mengumumkan sebuah gabungan baru akan mengambil alih kerajaan negeri.

Kenyataan dari Istana itu menyebut, langkah tersebut diambil selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menemu bual 54 daripada 56 Adun Johor semalam yang juga menandatangani akuan bersumpah bagi mengesahkan pendirian.

Sultan Ibrahim berpuas hati gabungan baru itu memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila 28 Adun memilih gabungan baru berbanding 26 PH, kata Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah

"Oleh yang demikian gabungan baru berhak memberikan cadangan nama calon menteri besar sebelum susunan barisan exco baru dilantik," katanya.

Dua Adun yang tidak hadir dalam temu duga tersebut ialah Adun Jeram dari Amanah, Salahuddin Ayub, dan Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang.

Sementara itu Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah ketika dihubungi memberitahu beliau tidak dapat hadir semalam kerana mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mazlan pula berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai pihak mana yang ingin disokongnya.

Katanya, meskipun Bersatu telah keluar dari HARAPAN, itu tidak bermakna partinya  menyokong BN.

Pandangan itu sama dengan Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad, yang berkata tidak akan bekerjasama dengan Umno secara en bloc.
 

Post a comment

0 Comments