HARAPAN pilih Anwar setelah Tun M enggan hadir bincang


SELEPAS ketidakhadiran Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diadakan semalam, gabungan parti politik itu menyerahkan hanya satu nama sebagai calon perdana menteri kepada Istana.

Dalam satu kenyataan media, HARAPAN mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menggantikan Dr Mahathir yang kini mentadbir negara sebagai perdana menteri sementara.

“[...]Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu ) bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.

“Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Anwar,” kata kenyataan itu

Kenyataan itu hadir kira-kira sejam selepas Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Pada Isnin, kerajaan HARAPAN tumbang selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan 11 ahli parlimen KEADILAN yang diketuai Mohamed Azmin Ali meninggalkan gabungan itu dalam usaha mewujudkan gabungan baru bersama pembangkang.

Bagaimanapun, gabungan baru yang diusahakan itu gagal setelah Dr Mahathir enggan menjalin kerjasama bersama Umno dan sekaligus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi BERSATU.

Mengimbas semula cubaan penjajaran politik sehingga negara menyaksikan kerajaan yang dipimpin PH runtuh kurang dari dua tahun ditadbir, HARAPAN berkata mereka menolak sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.

“Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan HARAPAN hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.
 

Post a comment

0 Comments