Jawa dilanda gempa, bergegar hingga Denpasar


KEPULAUAN
Jawa, Indonesia digegar gempa bumi kuat awal pagi tadi.

Beberapa portal dari negara jiran itu melaporkan, Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala richte itu berlaku pkira-kira  jam 2.12 pagi di Bangkalan, Jawa Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), dalam kenyataannya berkata, gempa itu berlaku 125km utara dari Surabaya pada kedalaman 600km diantara plat Indo-Australia.

Portal Kumparan dalam laporannya pula berkata, sejumlah warganet di Twitter merasakan turut merasa gegaran.

"Getaran terasa sampai Pacitan, Blitar, Malang, Yogyakarta, Cilacap, bahkan hingga Denpasar," tulis portal tersebut.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia dalam kenyataannya berkata, sehingga kini belum ada laporan kerosakan atau kecederaan telah dikeluarkan.

Post a comment

0 Comments