Jumlah pesakit pulih kini lebih tinggi


CHINA mencatatkan bilangan pesakit koronavirus berjaya pulih men mengatasi jumlah kes baru.

Agensi berita Xinhua yang memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara  pada Selasa berkata, seramai 1,824 orang dibenarkan keluar hospital, lebih tinggi berbanding jumlah yang dijangkiti iaitu 1,749.

Keseluruhan sejumlah 14,376 pesakit yang dijangkiti dibenarkan keluar hospital sehingga Selasa.

Sementara bilangan kes baru yang disahkan di luar wilayah Hubei, menunjukkan penurunan sejak 15 hari berturut-turut. Sejumlah 56 kes baru dilaporkan di luar Hubei, penurunan ketara dari 890 pada 3 Feb, menurut suruhanjaya itu.

Terdahulu pada awal Febuari, seorang penasihat perubatan kerajaan, Zhong Nanshan, 83, meramalkan penularan koronavirus mungkin berakhir April ini.

Pakar epidemiologi membuat ramalan itu berdasarkan hasil penilaian terbaru mengenai virus yang sudah merebak ke seluruh dunia itu.

Sementara itu, Suruhanjaya itu berkata pihaknya menerima laporan sebanyak 1,749 kes baru yang disahkan pada Selasa dari 31 wilayah, termasuk 1,693 di Hubei.

Kes terbaru Covid-19 di China menurun kepada 1,886 pada Isnin, buat kali pertama berada di bawah 2,000 sejak 31 Jan.

Post a comment

0 Comments