Kedutaan terus pantau rakyat tidak sertai misi pulang


RAKYAT Malaysia yang masih berada di Wuhan dan akan terus dipantau pihak kedutaan disana. 

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, ketika ini terdapat kira-kira 34 rakyat Malaysia yang tidak menyertai misi pulang itu, sebilangannya dikenal pasti kerana faktor logistik selain ada memilih untuk tidak pulang ke tanah air.

"Untuk yang tidak mahu pulang, itu pilihan mereka, kita terus memantau keadaan mereka di sana, setakat ini keadaan mereka adalah baik," kata dipetik Bernama.

Selain menggunakan aplikasi sosial sebagai perhubungan dengan rakyat terbabit, pihaknya mencari mekanisme lebih berkesan untuk terus memantau rakyat Malaysia terutama di wilayah teruk terjejas dengan wabak itu.


BACA: Remaja OKU maut sendirian ketika keluarga dikuarantin

Sementara itu Nurhirwan berkata, sekretariat sementara yang ditubuhkan di Wuhan sebelum ini telah ditutup.

Manakala pasukan peninjau yang dihantar telah dipanggil semula ke kedutaan kerana tidak mahu mereka terdedah terlalu lama dengan keadaan di wilayah Hubei itu.

Dalam pada itu, pihaknya masih menjalankan proses mengesan warganegara Malaysia yang berada di China dengan menggalakkan mereka mendaftar di pejabat konsulat Malaysia di negara itu. 

Post a comment

0 Comments