Khalid Samad istihar usaha jatuhkan kerajaan gagal


PERTEMUAN
politik yang dilapor semalam dilihat sebagai cubaan menjatuhkan Pakatan Harapan  (HARAPAN) yang gagal, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Katanya, jelas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak ke Istana Negara atau menyertai berpuluh pemimpin politik di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam selepas jangkaan pertukaran kerajaan akan diumumkan.

“Saya mahu membuat pengisytiharan ini adalah coup d’etat yang gagal.

"Usaha pintu belakang ini tidak akan berjaya melainkan jika Mahathir terlibat,” katanya di Putrajaya hari ini.

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menyingkirkan DAP daripada HARAPAN yang meraih kemenangan bersejarah pada pilihan raya umum Mei 2018.

Langkah itu dikatakan bertujuan menghalang cita-cita Anwar menjadi perdana menteri.

Pagi ini, beberapa pemimpin yang didakwa menyokong atau menandatangani SD dikaitkan dengan usaha itu dilapor membuat kenyataan atau penafian terlibat pembentukan komposisi kerajaan baharu.

Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menjelaskan kehadirannya di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pagi semalam adalah untuk menyatakan rasa tidak setuju terhadap pembentukan kerajaan pintu belakang.

Manakala bekas Presiden Umno, Najib Razak menafikan menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mahathir untuk membentuk kerajaan baharu seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Sementara itu, beberapa media melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor bertemu Dr Mahathir pagi tadi.

Dr Mahathir dilapor enggan tunduk kepada gesaan pihak yang berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan HARAPAN.
 

Post a comment

0 Comments