K'jaan Melaka tegas, arah kolam tercemar ditutup


KERAJAAN negeri Melaka mengambil langkah tegas apabila mengarahkan satu perusahaan menternak ikan keli di Masjid Tanah menghentikan sementara operasi mereka.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Asas Tani, Datuk Norhizam Hasan Baktee, berkata, arahan telah dikeluarkan terhadap pengusahanya setelah mendapati keadaan kolam ternakan itu kotor dan berada dalam keadaan meloyakan.

Menurut laporan Sinar, semua kolam ikan tersebut mengalirkan air kotor dari sisa darah serta telur ayam ke dalam sungai.

"Sebanyak 25 buah kolam ikan didapati bukan setakat kotor dan airnya berwarna kehitaman, malah kolam ini mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bangkai.

Saya kecewa dengan keadaan ini," kata Norhizam dipetik laporan itu.

Norhizam berkata, beliau begitu kesal dengan tindakan pengusaha tidak menyediakan pelan sistematik yang dilengkapi kemudahan kolam kumbahan serta kolam air terawat.

Akibat tindakan pengusaha itu tegasnya telah menyebabkan rasa tidak selesa dikalangan orang lain berikutan bau busuk dan meloyakan yang keluar dari kolam kotor tersebut.

Sebelum ini portal itu melaporkan, tindakan pengusaha ikan keli itu terbongkar berikutan terdapat pencemaran yang dikesan di Sungai Baru Masjid Tanah.

Kolam ternakan  tersebut dipercayai memperoleh sisa darah itu daripada sebuah kilang penyembelihan ayam.   

Post a comment

0 Comments