Koronavirus: 425 maut, 2,788 kritikal di China


JUMLAH kematian akibat wabak koronavirus yang menyerang China semakin meningkat, setakat kini dilaporkan angka kematian telah mencecah 425 orang.

Ia peningkatan 64 orang berbanding 361 orang berbanding semalam.

Jawatankuasa kesihatan negara China dalam satu kenyataan berkata, selain jumlah kematian itu, seramai 20,438 orang telah disahkan sebagai positif koronavirus.

Jumlah itu meningkat lebih 3000 orang berbanding angka semalam sebanyak 17,205 orang.

"Menjelang tengah malam 3 Februari, jawatankuasa kesihatan negeri menerima maklumat dari 31 wilayah... kira-kira 20,438 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus.

"2,788 dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, 425 meninggal dunia, 632 dibenarkan keluar hospital," kata jawatankuasa itu dipetik.

Sebagai rekod, China merupakan negara dengan kependudukan padat, populasi di negara itu mencatatkan angka 1.4 bilion jiwa.

Cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang menyaksikan rakyat negara itu mengunjungi wilayah lain dalam negara itu memburukkan lagi penularan wabak yang mula dikesan pada penghujung Disember lalu.

Dalam perkembangan lain, Hong Kong merekodkan satu kes kematian susulan bencana ini.

Ia melibatkan pesakit berusia 39 tahun itu sedang menjalani rawatan di Hospital Princess Margaret.

Post a comment

0 Comments