Koronavirus: Hampir 900 pesakit pulih di China


KIRA-KIRA
892 pesakit dijangkiti koronavirus di China dilapor telah sembuh dibenarkan keluar dari hospital

Pengumuman itu dibuat pihak berkuasa kesihatan negara itu pada khamis.

Menurut pihak berkuasa lagi, sebanyak 138 pasukan perubatan tambahan dihantar ke wilayah Hubei yang menjadi pusat epidemik tersebut sebagai usaha membendung penularan wabak tersebut.

Kenyataan itu menyusul selepas wabak membawa maut itu  meragut sekurang-kurangnya 563 nyawa manakala lebih 28,000 individu dijangkiti di China.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut berkata, mereka bakal menghantar pakar antarabangsa  ke Beijing dalam masa terdekat.

WHO turut merayu sumbangan dana berjumlah AS$675 juta (RM2.8 bilion) untuk pelan memerangi koronavirus melalui pelaburan di negara yang dianggap berisiko.

"Hari ini, kami melancarkan rancangan siap siaga dan tidak balas strategik terhadap wabak itu. Kami memerlukan bantuan dana tersebut untuk tempoh tiga bulan akan datang.

"Mesej kami kepada komuniti antarabangsa adalah supaya melabur pada hari ini atau berdepan akibatnya," kata Ketua WHO,Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva.

Difahamkan, dana sebanyak AS$60 juta (RM247 juta) akan digunakan untuk membiayai operasi WHO manakala bakinya akan disalurkan kepada negara yang memerlukan bantuan untuk langkah membendung penularan koronavirus.

Sebelum ini beberapa kes jangkitan koronavirus dilapor berjaya dipulihkan.

Ia antaranya melibatkan Jaimuay Sae-Ung, 73, warga Thailang yang jatuh sakit selepas pulang dari Wuhan pada Disember lalu dilaporkan telah sembuh.

BACA:
Kanak-kanak dirawat di M'sia pulih

Pihak kesihatan Malaysia juga baru-baru ini berjaya memulihkan seorang kanak-kanak warga China yang dirawat di sebuah hospital di langkawi.

Post a comment

0 Comments