Koronavirus: kematian dan jangkitan di China meningkat


JUMLAH kematian akibat wabak koronavirus Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat malam tadi.

Wilayah dimana virus itu mula dikesan kini mencatatkan 9,074 kes jangkitan dengan 1,921 kes tambahan dilaporkan bagi tempoh sana.

Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA.

Jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV itu sebelum ini dilapor telah menular ke seluruh China.

Kerajaan pusat China sebelum ini telah menutup wilayah Hubei, serta menyekat perjalanan di seluruh negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk itu

Namun  wabak itu telah tersebar luas ketika orang Cina merantau ke seluruh negara dan luar negara sempena cuti Tahun Baru Cina yang bermula 25 Jan lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut satu darurat kesihatan global, tetapi tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.

Setakat ini, virus tersebut telah dilaporkan di lebih 20 negara seluruh dunia.

Post a comment

0 Comments