Kumpulan pro transgender kecam Mujahid


KUMPULAN pro transgender, menempelak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Agama), Mujahid Yusof Rawa dalam isu membabitkan seorang usahawan kontroversi, Nursajad.

Justice for Sisters, seperti dilapor FMT berkata, kenyataan Mujahid yang menuntut siasatan dilakukan terhadap individu itu hanya membangkitkan kebimbangan berhubung keselamatan Nursajad atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman  yang ketika ini berada di Arab Saudi bagi menunaikan umrah.

Menurut kumpulan itu lagi, kenyataan Mujahid hanya meletakkannya Nursajad, keluarga dan rakan-rakannya di bawah risiko buruk di negara yang melarang ekspresi transgender.

"Kebimbangan sebenar bukanlah telekung, tetapi keselamatan dan keselamatannya, pelanggaran privasi dan kekurangan hak dan tindak balas berasaskan bukti oleh kerajaan mengenai perkara ini

"Arab Saudi menyalahkan orang-orang berdasarkan ekspresi gender mereka atau berdasarkan pakaian mereka," katanya kumpulan tersebut.

Terdahulu, tindakan nursajat menyiarkan video mengenainya yang memakai telekung di Mekah dikritik ramai.

Mujahid berkata, secara biologinya, Nursajad ialah seorang lelaki.

Tindakan itu tegasnya telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

Dalam perkembangan lain, Mujahid Yusof Rawa dilapor telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenakan sekatan agar nursajad tidak lagi boleh memuat naik kandungan di media sosial.

Mujahid berkata SKMM ada kuasa untuk menyekat mana-mana kandungan media sosial yang boleh “menimbulkan rasa tidak selesa, khususnya kepada umat Islam”.

Post a comment

0 Comments