Lagi tapir mati dilanggar di Johor


SEEKOR lagi tapir ditemui mati dilanggar kenderaan di tepi Lebuh Raya Segamat-Kuantan berhampiran persimpangan Felda Pemanis, Segamat, pagi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban berkata, tapir betina dianggar seberat 300 kilogram (kg) itu dipercayai mati dalam kejadian dianggar berlaku antara tengah malam sehingga awal pagi.

Tambahnya, beliau percaya tapir itu dilanggar sebuah lori berdasarkan penemuan serpihan lampu yang pecah.

“Keadaan jalan yang lurus dan gelap dipercayai punca kemalangan menyebabkan kematian haiwan itu yang jalan. Ini kejadian keenam tahun ini di Johor,” katanya hari ini.

Pada awal Febuari lalu, seekor tapir ditemukan mati di Jalan Mersing-Jemaluang berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing.
 

Tapir jantan itu juga dipercayai mati akibat dilanggar kenderaan.

Semenyara itu, Salman berkata, pihaknya menasihatkan pemandu sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang merentasi habitat hidupan liar selain peka dengan amaran papan tanda terutamanya ketika waktu malam atau awal pagi.

Post a comment

0 Comments