Langkawi dan Melaka buat solat sunat Istisqa


MUSIM panas yang melanda negara pada tahun ini dilihat sedikit kritikal apabila beberapa negeri dilapor bercadang membuat catuan bekalan air.

Taburan hujan yang kurang sejak beberapa lalu telah menyebabkan sumber air mentah dibeberapa empangan seluruh negara mencatat penurunan ketara.

Didalam Islam, ketika musim kering, digalakkan memohon supaya diturunkan hujan melalui solat sunat Istisqa.

Solat sunat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat. Secara harfiah, "istisqa'" bermaksud meminta siraman air

Di Langkawi, seramai 130 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Empangan Bukit Malut, Langkawi bagi memohon hujan.

Solat sunat anjuran Taliworks Langkawi Sdn Bhd (Taliworks Langkawi) bermula 9.30 pagi hari ini dengan diimamkan Imam Masjid Al-Hana, Kuah, Nordin Osman.


BACA: Kumpulan pro transgender kecam Mujahid
BACA:
Lelaki disyaki cuba bunuh diri lepas membunuh


Ia turut disertai pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran al-Marjan dan kakitangan Taliworks Langkawi serta penduduk tempatan.

“Kita jangkakan pulau (Langkawi) ini bakal memasuki fasa kritikal bagi bekalan air bersih, jika tiada hujan sehingga awal Mac ini.

“Sekarang kita berada dalam fasa kurang bekalan dan belum memerlukan langkah mencatu air kepada pengguna,” kata Pengurus Kanan Taliworks Langkawi, Hasbullah Hussin.


Catuan air

Sementara di Melaka, lebih 500 umat Islam menyertai solat hajat bagi memohon negeri itu dihindari musibah termasuk penyakit berjangkit.

Turut diadakan solat sunat Istisqa’ (mohon hujan) yang kedua-duanya berlangsung di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pagi tadi.

Bekalan air mentah makin kritikal
Solat diimamkan Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan disertai Ketua Menteri Melaka Adly Zahari; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hasim Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.

Abdul Halim berkata, acara keagamaan itu diadakan susulan pekeliling yang dikeluarkan kepada semua masjid di Melaka, minggu lalu supaya mengadakan solat hajat untuk tujuan sama.

Sebagai rekod, Malaysia sedang menghadapi fasa kedua Monsun Timur Laut dijangka berakhir bulan hadapan. Sepanjang tempoh berkenaan, taburan hujan dijangka berkurangan dengan cuaca panas bakal melanda negara.

Post a comment

0 Comments