Lelaki maut langgar kerbau


SEORANG
lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau.

Dalam kejadian di Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang malam tadi, mangsa Muhamad Nor Hasrul Azhar, 24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso yang dipetik Sinar berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian.

Kemalangan berlaku malam tadi
"Siasatan awal kemalangan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Kampung Gajah ke Kampung Tersusun Sungai Galah.

"Sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor kerbau yang berada di laluannya" katanya dalam kenyataan media.


Susulan itu tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments