Lelaki OKU maut, isteri parah dalam kemalangan


SEORANG
lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) maut manakala anak dan isterinya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

Memetik laporan Awani, nahas dilapor berlaku jam 6 petang semalam di KM39.5 jalan Kuala Terengganu–Kuantan.

Dalam kejadian itu, Zakaria Nordin, 38, sedang menaiki kereta Perodua Axia yang dipandu rakannya dari arah Kuantan menuju ke arah Kuala Terengganu.

Sejurus tiba dilokasi kejadian sebuah kereta Proton Iswara dikatakan hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan dinaiki mereka. 

Keadaan ditempat kejadian | Sumber- Awani
Zakaria dilapor meninggal dunia semasa menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Merchang, Marang. Manakala seorang wanita difahamkan sebagai isteri mangsa Norhaseza Hussin, 30, yang mengandung tiga bulan serta anak mereka Nur Syazwani Zakaria, 3, mengalami kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan mengesahkan kejadian itu, katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.

Manakala mangsa yang parah juga turut menerima rawatan di hospital yang sama dan kes tersebut kini disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments