LTdL 2020: Aiman galas harapan rakyat M'sia


HARI ini merupakan hari saingan terakhir dalam perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-25.

Peminat sukan berbasikal negara ternanti-nanti sekiranya hari ini Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff yang mewakili pasukan Team Sapura Cycling Team (TSC) akan dinobatkan sebagai pelumba tempatan pertama menjuarai kategori Raja Bukit (Jersi Merah).

Sebagai rekod, tiada pelumba Malaysia pernah memenangi jersi tersebut sejak perlumbaan LTdL diperkenalkan pada 1996.

TSC ketika ini mengungguli LTdL dengan dua jersi. Selain Nur Aiman yang menyarungkan Jersi Merah sejak peringkat ketiga perlumbaan pada Ahad lalu, seorang lagi pelumba pasukan itu, Danilo Celano mengungguli Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan.

Pada perlumbaan hari ini, strategi pasukan memainkan peranan penting bagi memastikan kedua-dua jersi tersebut kekal, Pengurus TSC Ahmad Sayuti Mohd Zahit tidak mahu merasa terlalu yakin.

BACA:
LTdl 2020: TSC tidak mahu merasa terlalu selesa
BACA: LTdL 2020: Pok Nik yakin M'sia masih ada peluang


Sementara itu, Nur Aiman berkata, beliau akan cuba mengutip seberapa banyak mata pada tujuh zon pendakian di Pulau Langkawi esok, namun anak kelahiran Setiu itu juga menyedari perlu berwaspada dengan dua pencabar terdekatnya.

Nur Aiman hanya berkelebihan 9 mata berbanding pelumba Perancis, Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotels-Concept yang sekadar mengutip 20 mata dan pelumba pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, Kevin Rivera Serrano dari Costa Rica berada di kedudukan ketiga dengan kutipan 15 mata.

"Perbezaan sembilan mata belum cukup selesa, jadi Aiman akan cuba kutip sebanyak mungkin mata dalam beberapa zon pendakian awal dengan sekurang-kurangnya menambah tiga mata, barulah jersi Merah itu dikira selamat.

"Perancangan pertama adalah membiarkan pelumba yang tidak berada jauh daripada Aiman untuk kutip mata, atau perlu berwaspada dengan pelumba kedudukan kedua atau ketiga.

"Perkara yang Aiman cuba elakkan adalah tidak memberi peluang kepada pelumba di kedudukan kedua atau ketiga jersi merah membuat pecahan awal, bagi menjamin jersi Merah itu kekal di tangan Aiman, jelas pelumba berusia 22 tahun itu ketika berakhir perlumbaan semalam.

Sebagai rekod, Nur Aiman meraih kedudukan kedua keseluruhan pada Jelajah Berbasikal Cambodia Bay pada awal bulan lepas.
BACA LAGI:

LTDL-25 Stage 7: Harrif Saleh menang lagi!

LTdL-25 Stage 6: Nakane menang bergaya
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4: Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


BURUNG HANTU FUN RIDE 2020 IPD AG
Jom sertai kami dalam acara fun ride sambil menikmati panorama Melaka.
Ticket Link: KLIK SINI
https://jomrun.page.link/pmBgtAJC9LZaLBgK9

Post a comment

0 Comments