LTdL 2020: Harrif Saleh intai gelaran Raja Pecut


SETELAH
mengungguli dua peringkat saingan termasuk di Alor Setar semalam, Mohd Harrif Saleh kini mengintai peluang merebut gelaran Raja Pecut (Jersi Hijau).

Harrif atau lebih dikenali sebagai mamat dikalangan peminat sukan berbasikal negara  optimis mampu merampas jersi daripada pelumba Jerman, Maximilian Richard Walscheid menjelang peringkat terakhir di Langkawi hari ini.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu sebelum ini sememangnya dikenali dengan tenaga pecutan hebatnya.


BACA: LTdl 2020: TSC tidak mahu merasa terlalu selesaKetika ini, Walscheid mendahului Harrif dalam persaingan jersi itu dengan kelebihan lima mata apabila mengumpul 47 mata, pelumba Ara Pro Cycling Sunshine Coast, Taj Jones berada di kedudukan kedua dengan 45 dan Harrif 42 mata.

Sementara itu, ketika mengulas kemenangan dalam saingan sejauh 130.4 dari Bagan ke Alor Setar semalam dengan catatan masa 2 jam 53 minit dan 18 saat mengakui tidak menjangka kemenangan kali kedua itu.

Tambah pelumba berusia 31 tahun itu, dua kemenangan dikecapinya pada perlumbaan edisi ke-25 ini banyak dibantu rakan sepasukan.
 
"Saya tak sangka boleh menang hari ini. Rakan-rakan sepasukan banyak membantu mengatur strategi bagi membuka laluan untuk saya berada di depan bagi memecut ke garisan penamat.

"Saya tengok laluan hari ini agak landai dan beralun, jadi memang ada peluang kepada saya atau mana-mana pelumba pecut. Semangat dan sokongan padu daripada rakan sepasukan memberi inspirasi kepada saya," kata Harrif selepas berakhirnya perlumbaan.

Harrif sebelum ini menjuarai Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu, ke Ipoh yang melibatkan laluan perlumbaan sejauh 165.8km.
 
BACA LAGI:

LTDL-25 Stage 7: Harrif Saleh menang lagi!

LTdL-25 Stage 6: Nakane menang bergaya
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4: Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


BURUNG HANTU FUN RIDE 2020 IPD AG
Jom sertai kami dalam acara fun ride sambil menikmati panorama Melaka.
Ticket Link: KLIK SINI
https://jomrun.page.link/pmBgtAJC9LZaLBgK9

Post a comment

0 Comments