LTdl 2020: Nur Aiman Zariff lakar sejarah negara


PELUMBA sensasi negara, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff hari ini membanggakan seluruh rakyat Malaysia apabila dinobatkan sebagai Raja Bukit dalam perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-25.

Nur Aiman, pelumba kelahiran Setiu, Terengganu itu menjadi anak tempatan pertama merangkul gelaran berprestiq itu setelah menjuarai ketegori Raja Bukit (Jersi Merah) yang dipertandingkan dalam perlumbaan ini.

Sebagai rekod, Pelumba pasukan Team Sapura Cycling Team (TSC) itu menggungguli pungutan mata untuk kategori itu pada peringkat ketiga perlumbaan pada Ahad lalu, penguasaan Nur Aiman selepas itu sukar dinafikan pelumba lain.

Turun pada perlumbaan siang tadi, Nur Aiman berkelebihan 9 mata berbanding pencabar terdekatnya, Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotel-Concept, dengan tujuh zon pendakiaan harian ini ternyata kehebatan Nur Aiman sememangnya sukar dicabar.

Sebagai rekod, Perlumbaan LTdL pertama kali diperkenalkan pada 1996.


BACA: LTdL 2020: Aiman galas harapan rakyat M'sia 

Semalam, pelumba berusia 22 tahun itu mendedahkan strategi yang akan digunakanya pada hari ini. Menurut Nur Aiman, dia akan membiarkan pelumba bukan saingan untuk mengumpul mata, namun akan mengambil sikap waspada terhadap pencabar-pencabar terdekatnya.

"Perancangan pertama adalah membiarkan pelumba yang tidak berada jauh daripada Aiman untuk kutip mata, atau perlu berwaspada dengan pelumba kedudukan kedua atau ketiga.

"Perkara yang Aiman cuba elakkan adalah tidak memberi peluang kepada pelumba di kedudukan kedua atau ketiga jersi merah membuat pecahan awal, bagi menjamin jersi Merah itu kekal di tangan Aiman," katanya sebaik habis persaingan peringkat ketujuh semalam yang tidak menawarkan sebarang kutipan mata untuk ketegori itu.

Ternyata taktik digunakan pemenang kedua keseluruhan pada Jelajah Berbasikal Cambodia Bay pada awal bulan lepas benar-benar berjaya.

Post a comment

0 Comments