LTdL Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit


SAINGAN perlumbaan dalam PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 semakin sengit sebaik memasuki peringkat ketiga.

Perlumbaan hari ini yang bermula dari Temerloh ke Kuala Lumpur meliputi jarak 162.5 kilometer (km) menyaksikan Max Walscheid mengungguli perlumbaan.

Mewakili NTT Pro Cycling Team, Walsheid merupakan pemenang pusingan pemanas badan di Kota Kinabalu sebelum ini menewaskan Riccardo Minali (Nippo Delco Provence) dan Ahmet Orken (Team Sapura Cycling) masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Pelumba kelahiran German itu melintasi garis penamat di hadapan Menara Berkembar Petronas  (KLCC) dengan catatan masa tiga jam 51 minit 42 saat.

 

BACA: LTdL 2020 : Sprinter NTT Pro beri amaran awal

Sementara itu, Walscheid, 26, yang ditemui sebaik perlumbaan menyifatkan kemenangan hari ini sebagai usaha berkumpulan.

Ia terbukti apabila barisan pelumba NTT berjaya mengatur strategi dan memainkan peranan mencelah dalam kelompok besar pada baki 500 meter terakhir.

Strategi itu digunakan untuk membuka ruang kepada Walscheid melonjak ke depan seterusnya muncul juara.

“Tapi kami dapat membentuk kerjasama pasukan yang baik. Mereka yakin dengan keupayaan saya dan mengerah keringat yang ada untuk kejar kelompok pemecah dan menang hari ini.

“Saya gembira dapat menamatkan perlumbaan hari ini dengan kemenang," katanya.

Jersi bertukar tangan
Tambah Walscheid, pasukannya akan memberi fokus membantu Louis Meintjes pada perlumbaan pendakiaan peringkat 4 esok, dari Putrajaya ke Genting Highlands.

Sebagai rekod, pasukan NTT merupakan pasukan berstatus WorldTour.

Sementara itu, perlumbaan hari ini menyaksikan ayam tambatan Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov terlepas Jersi Hijau PETRONAS sebagai raja pecut.

Pemegang jersi Kuning dan Merah
Bagaimanapun Fedorov masih kekal menyarung Jersi Kuning PETRONAS sebagaio pendahulu keseluruhan dan putih tatkala saingan sebenar PETRONAS LTdL 2020 dijadual memasuki peringkat paling sukar dari Putrajaya ke Genting Highlands, esok.

Perlumbaan hari ini turut menyaksikan pelumba tempatan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff mengekalkan jersi merah (Raja Bukit) selepas menguasai dua daripada tiga zon pendakian.
  


BACA LAGI: 
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal

Post a comment

0 Comments