LTdL Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning


PELUMBA
Costa Rica, Kevin Manuel Rivera Serrano daripada pasukan Androni Giocattoli-Siderme mengungguli Peringkat 4 Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Dataran Putrajaya ke Genting Highlands hari ini.

Dalam  perlumbaan sejauh 156.1 kilometer (km) dikenali sebagai peringkat Queen LTdL Serrano, 21, Serrano berjaya menawan puncak Genting Highlands dengan catatan masa 4 jam 18 minit dan 55 saat (s).

Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Danilo Celano pula berada di tempat kedua dengan catatan masa 4:19:05s manakala juara edisi 2018, Artem Ovechkin yang menggalas cabaran Terengganu Cycling Team di tempat ketiga (4:19:38s) menurut laporan Sinar.

Bagaimanapun, pelumba Sapura, Celano boleh berbangga apabila muncul selaku pelumba keseluruhan, sekali gus menyambar Jersi Kuning Petronas daripada penyandang sebelum ini Yevgeniy Fedorov  yang mewakili Vino-Astana Motors

Berakhir pusingan ke-4, Celano mengumpul masa keseluruhan 14:08:28s.


Kedudukan Jersi

Bagi kedudukan jersi lain, Fedorov kekal menyarung Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia), manakala Jersi Hijau Petronas (Raja Pecut) pula masih kekal menjadi milik pelumba NTT Pro Cycling, Maximilian Richard Walsheid.

Pelumba tempatan, Muhammad Nur Aiman Zariff terus menceriakan peminat barbasikal apabila mengotakan janjinya dengan mengekalkan Jersi Merah (Raja Bukit).

Jersi itu disarungnya selepas Peringkat 3 dari Temerloh, Pahang ke Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) semalam dan dijangka mampu dipertahankan sehingga habis saingan berdasarkan pencapaiannya hari ini.


BACA LAGI: 
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


Post a comment

0 Comments