LTdL Stage 6: Nakane menang bergaya



PELUMBA
Jepun Hideto Nakane, memenangi peringkat keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang berakhir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang tadi. 


Pelumba mewakili pasukan Nippo Delko Provence itu diisytihar  pemenang
berdasarkan rakaman foto dalam perebutan tempat pertama.

Nakane terlebih dahulu melintas garis penamat mengalahkan Gleb Brussenskiy dari pasukan Vino-Astana Motors yang sama-sama melintasi garis penamat.

Kedua-dua pelumba itu yang memecut ke garis penamat dengan catatan tempoh sama 3 jam 29 minit dan 15 saat.

Kejayaan Nakane sekaligus menamatkan kemarau pelumba Jepun dalam meraih kemenangan peringkat perlumbaan.

Kali terakhir pelumba negara matahari terbit itu meraih kemenangan ialah melalui Takeaki Ayabe dari pasukan Aisan Racing Team yang memenangi peringkat keempat pada LTdL 2011 dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands.

"Ini kemenangan profesional terbesar sebagai pelumba basikal, saya tidak fikir yang saya akan menang hari ini kerana saya merasakan ia akan menjadi pecutan berkelompok di garisan penamat.

"Tapi saya lega apabila mendapati tiada pecutan berkelompok dari jarak tiga kilometer ke garisan penamat,” kata Nakane dalam sidang media selepas perlumbaan.

Pelumba Itali Samuele Battistella dari pasukan NTT Pro Cycling Team pula menduduki tempat ketiga dengan masa 0.04 saat di belakang Nakane dan Brussenskiy.

Kedudukan Jersi


Sementara itu pelumba pasukan Team Sapura Cycling (TSC), Danilo Celano masih mengekalkan penguasaaan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan.

Beliau yang diekori rapat pelumba Kazakhstan Yevgeniy Fedorov mewakili pasukan Vino-Astana Motors berkelebihan 26 saat saat turut mahu menamatkan kemarau jersi kuning di kalangan pelumba Itali dalam LTdL.


Kali terakhir ia dilakukan ialah pada edisi 2001 melalui Paolo Lanfranchi dari Mapei-Quick-Step.

Fedorov yang melihat peluang merampas jersi kuning itu semakin sukar berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan jersi putih sebagai pelumba Asia Terbaik dalam dua peringkat terakhir perlumbaan yang bakal diadakan.
 

Pelumba NTT, Maximilian Richard Walscheid  sementara itu kekal mengungguli Jersi Hijau Raja Pecut dengan 47 kelebihan mata, 11 mata di depan pencabar terdekat Taj Jones (ARA Pro Racing Sunshine Coast).

Pelumba muda negara, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff yang kini menjadi perhatian masih mempertahankan jersi merah selaku Raja Bukit selepas berakhirnya enam peringkat perlumbaan dengan kutipan 29 mata.

Anak jati Setiu, Terengganu itu meletakkan sasaran jersi merah sebagai keutamaan pada edisi ke-25 ini namun tidak memandang rendah keupayaan beberapa pelumba pasukan lain untuk merampas jersi berkenaan.

Peringkat ketujuh LTdL 2020 esok meliputi jarak berjumlah 130.4km dari Bagan ke Alor Setar dengan tiga zon pecut di Sungai Petani, Gurun dan Pendang.


BACA LAGI: 
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


BURUNG HANTU FUN RIDE 2020 IPD AG
Jom sertai kami dalam acara fun ride sambil menikmati panorama Melaka.
Ticket Link: KLIK SINI
https://jomrun.page.link/pmBgtAJC9LZaLBgK9

Post a comment

0 Comments