LTDL Stage 7: Harrif Saleh menang lagi!


PELUMBA sensasi negara, Mohd Harrif Saleh sekali lagi melakar sejarah apabila muncul juara pada peringkat ke-7 saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Kemenangan pada peringkat ini yang berlangsung dari Bagan ke Alor Setar sejauh 130.4 km telah membuktikan kewibawaan pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu.

Dalam aksi penamat beramai-ramai ke garisan penamat, Harrif atau lebih dikenali sebagai mamat di kalangan peminat sukan berbasikal negara mempamerkan pecutan bertenaga.

BACA: LTdl 2020: TSC tidak mahu merasa terlalu selesa


Kehebatan anak kelahiran Terengganu itu tidak dapat ditandingi pelumba Bardiani CSF Faizane, Matteo Pelucchi dan Taj Jones (Ara Pro Racing)

Mamat melepasi garis penamat dengan catatan dua jam 53 minit 18 saat setelah melakukan perkara sama di peringkat ke-5 saingan dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh pada Selasa lalu.
BACA LAGI:
LTdL-25 Stage 6:
Nakane menang bergaya
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


BURUNG HANTU FUN RIDE 2020 IPD AG
Jom sertai kami dalam acara fun ride sambil menikmati panorama Melaka.
Ticket Link: KLIK SINI
https://jomrun.page.link/pmBgtAJC9LZaLBgK9

Post a comment

0 Comments