LTdL Stage 8: Walscheid menang, Sapura bolot 2 jersi utama


PELUMBA
NTT Pro Cycling Team, Max Walscheid memenangi perlumbaan kemuncak Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 peringkat ke-8 di Datarang Lang, Langkawi siang tadi.

Perlumbaan sejauh 108.5 kilometer (km) itu menyaksikan Walscheid menamatkan saingan secara penamat beramai-ramai dengan catatan dua jam 29 minit 08 saat dengan tempat kedua menjadi milik Luca Pacioni dari pasukan Androni Giocattoli Sidermec manakala Taj Jones (Ara Pro Racing Sunshine Coast) melengkapkan pentas podium di tempat ketiga.

Kemenangan itu sekaligus memastikan penguasaan Walscheid memastikan Jersi Hijau (Raja Pecut) mejadi miliknya.

Tumpuan hari ini sudah pasti kepada pasukan Team Sapura Cycling (TSC) melalui dua pelumba dari iaitu Danilo Celano dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.

Celano yang mengalami demam dan terpaksa diberi bantuan perubatan sebaik tamat perlumbaan menamatkan cabaran perlumbaan edisi kali ini dalam kumpulan sama dengan Walscheid.

Usaha gigit pelumba dari Itali itu memastikan Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan kekal milik TSC serta menamatkan kemarau panjang kemenangan dalam saingan LTdL oleh pelumba negara itu.

Sementara itu, pelumba tempatan dari pasukan serupa, Nur Aiman Zariff membanggakan rakyat Malaysia apabila muncul sebagai raja Bukit (Jersi Merah) pada perlumbaa edisi Jubli Perak kali ini.

BACA:
LTdL 2020: Nur Aiman Zariff lakar sejarah negara

Nur Aiman menempa sejarah sebagai Pelumba Malaysia negara muncul pemenang dalam kategori tersebut.

Pada perlumbaan siang tadi, Nur Aiman memungut mata penuh pada pendakian dikategorikan pertama di Telaga Harbour sekaligus menjarakkan kedudukan mata dengan pesaing terdekatnya.

Sementara itu, Yevgeniy Fedorov dari pasukan Vino Astana Motors pula merangkul jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada kejuaraan kali ini.
BACA LAGI:
LTdL-25 Stage 7: Hariff Saleh menang lagi!
LTdL-25 Stage 6:
Nakane menang bergaya
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 : Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


BURUNG HANTU FUN RIDE 2020 IPD AG
Jom sertai kami dalam acara fun ride sambil menikmati panorama Melaka.
Ticket Link: KLIK SINI
https://jomrun.page.link/pmBgtAJC9LZaLBgK9

Post a comment

0 Comments