Majlis Profesor tolak cadangan Dr Mahathir


MAJLIS
Profesor Negara (MPN) menolak perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mentematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi MPN Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat PPSMI yang dilaksanakan sebelum ini di sekolah-sekolah telah terbukti gagal.

Tambahnya, pentadbiran Dr Mahathir perlu jelas sama ada mahu bagus dalam bahasa atau sains.

MPN turut menafikan dakwaan bahawa kononnya golongan pelajar tidak mampu berjaya sekirannya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan mengambil contoh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya membuktikan bahasa kebangsaan juga berjaya melahirkan graduan berjaya dalam bidang kritikal termasuk doktor.

"Kita kena pisahkan sama ada kita mahu bagus dalam bahasa atau kita mahu bagus dalam bidang sains?

"Kalau mahukan bukti UKM sudah wujud semenjak tahun 1970an lagi dan semua diajar dalam Bahasa Melayu, dah beratus doktor kita (UKM) hasilkan, dah beratus jurutera dah keluar.

"Apakah apa yang dibuat oleh lulusan UKM dalam bidang Sains tidak berguna kerana guna Bahasa Melayu?

"Saya bertanya itu kerana saya dari UKM dan tanggungjawab UKM ialah mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa ilmu dan mengisi ilmu itu dalam Bahasa Melayu," katanya pada sidang media pada minggu ini.

Sementara itu, Presiden dan CEO MPN Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros menjelaskan pendirian MPN terhadap pelaksanaan PPSMI dibuat berdasarkan fakta yang telah diperolehi dari 560 profesor di negara ini.

Bagaimanapun Raduan berkata, keutamaan perdana menteri kepada usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan graduan harus diberi perhatian oleh kerajaan.
 

Post a comment

0 Comments