Maut kerana khabar angin koronavirus


SEORANG
wanita dilapor meninggal dunia kerana terkena serangan sakit jantung selepas dikejutkan dengan berita yang mendakwa anaknya dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Renuka Roptan, 56, yang dipetik laporan media sebelum itu panik apabila penduduk Kampung Patakhali, Bangladesh kecoh mendesak agar anaknya, Ratan Roptan, 35, dibunuh kerana positif Covid-19, lapor bdnews 24.

Pengerusi Majlis Kesatuan Padmakur, Ataur Rahman berkata, Ratan baru pulang dari India kerana menziarahi saudaranya dan sebaik tiba di kampung, dia mengalami batuk dan selesema.

Pekerja kesihatan di Bhomra Land Port tempat Ratan bekerja kemudian menghantarnya ke Hospital Satkhira untuk menjalani ujian kesihatan.

“Ratan terus pulang ke rumah selepas itu sebelum dia didatangi pihak hospital untuk memaklumkan keputusan ujian kesihatan.

“Pada masa yang sama, suasana kampung berkenaan kecoh apabila timbul  khabar angin Ratan mendakwa ratan akan dibunuh kerana dijangkiti Covid-19,” katanya.

Renuka yang panik mendengar khabar angin itu tiba-tiba sakit dada dan meninggal dunia.

"Keputusan ujian hospital mendapati Ratan bebas jangkitan Covid-19. Dia bagaimanapun bersedih atas kehilangan ibu disebabkan khabar angin yang disebarkan penduduk kampung," katanya Ataur.

Post a comment

0 Comments