Maut rempuh traler parkir tepi jalan


SIKAP
sebahagian pemandu kenderaan berat yang gemar meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan mengundang bahaya.

Sudah banyak kali kes rempuhan berlaku melibatkan kenderaan berat itu yang mengorbankan banyak nyawa.

Semalam. seorang remaja maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar sebuah treler yang diparkir di bahu jalan di Kilometer 0.5 Jalan Gemencheh-Batang Melaka.

Firdhaus Razali, 22 terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah Batang Melaka menuju ke Gemencheh.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya hari ini.

Ramli berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments