Media lapor Anwar adakan mesyuarat malam tadi


DATUK Seri Anwar Ibrahim dilapor mengadakan bermesyuarat bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP, dan Amanah lewat malam tadi.

Mesyuarat luar biasa itu didakwa diadakan beberapa jam selepas majlis makan malam dianjur Mohamed Azmin Ali bersama pimpinan Umno, PAS dan PPBM di Petaling Jaya.

Perkembangan ini menyusuli cakap-cakap mengenai penyusunan baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas.

“Anwar jumpa pemimpin KEADILAN, Amanah dan DAP malam ini,” kata setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dipetik FMT.

Bagaimanapun portal itu tidak menyatakan lokasi mesyuarat itu diadakan.

Media semalam melaporkan satu percubaan membentuk kerajaan 'pintu belakang' yang tidak dapat disahkan.

Beberapa kumpulan termasuk puak 'kartel' pada awalnya mengadakan mesyuarat yang tidak tujuannya yang berakhir dengan majlis makan malam yang turut dihadiri pemimpin utama PAS dan Umno malam tadi.

Post a comment

0 Comments