Melaka galak belia negeri sertai wataniah


SEBAGAI
usaha menggalakkan golongan belia negeri Melaka menyertai pasukan Wataniah, Kerajaan Negeri itu kini bercadang untuk menyediakan laporan perubatan secara percuma buat pemohon.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan awatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) bagi tujuan itu dan kerajaan negeri akan  mengambil tanggungjawab untuk menyediakan laporan kesihatan sebagai langkah permulaan.

“Saya yakin melalui cara itu lebih ramai sukarelawan terutama golongan belia turut serta dalam askar wataniah.

“Setakat ini, mereka (sukarelawan) harus membayar RM80 bagi menjalankan laporan perubatan dan mungkin perkara itu akan dibincangkan oleh JAKPAW, kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab itu,” katanya dipetik Melakakini.

Adly yang juga penaung JAKPAW negeri sebelumnya merasmikan Perbarisan Pembukaan Latihan Tempatan Sukarelawa Rejimen 514 Askar Wataniah di Bukit Beruang, Melaka baru-baru ini. 

Sementara itu tambahn Adly, pelbagai kerjasama telah dijalankan antara kerajaan dengan askar wataniah menerusi program kemasyarakatan.

“Dari segi promosi, kita akan memanfaatkan program bertemu rakyat bersama kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai sukarelawan.

“Kita tahu sukarelawan ini banyak membantu program dan yang terbaharu perkara yang berkaitan dengan isu air,” katanya lagi.

Selain itu jelasnya, kerajaan negeri akan melaksanakan pembangunan infrastruktur dan fasiliti latihan askar wataniah.

Jelasnya, menerusi JAKPAW, pihaknya akan membantu menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan percuma bagi bakal pegawai dan anggota sukarela di klinik kerajaan dalam negeri.

“Pelaksanaan ini akan turut dipanjangkan kepada pegawai dan anggota sukarela yang akan menyambung perkhidmatan yang mana sebelum ini memerlukan perbelanjaan sendiri,” tambahnya lagi.

Post a comment

0 Comments