Menteri Besar N9 menghadap Tuanku Muhriz


MENTERI
Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilapor menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban hari ini. 

Beliau kelihatan memasuki pekarangan Istana sekitar jam 10.27 pagi dan keluar pada jam 11.04 pagi.
Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Tuanku Muhriz.

Difahamkan, Aminuddin meluangkan masa lebih setengah jam bagi menghadap Tuanku Muhriz.

Ketika ditemui berkata, ADUN Sikamat itu berkata, beliau menghadap Tuanku Muhriz adalah untuk memaklumkan situasi terkini politik semasa di Negeri Sembilan.

"Tuanku bertanyakan keadaan isu politik semasa, itu sahaja. Kita doakan keadaan di Negeri Sembilan yang baik-baik," katanya ringkas.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perjumpaan bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di peringkat Negeri Sembilan, beliau memberitahu, akan memaklumkan perkara tersebut kemudian.

Post a comment

0 Comments