Misi pertama bawa pulang rakyat dari Wuhan berjaya


MISI
pertama membawa pulang rakyat malaysia yang terperangkap di Wuhan China berjaya. 

Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China yang dilanda wabak  koronavirus, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini lapor Bernama.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam kira-kira  5.57 pagi.

Penerbangan khas itu yang membawa seramai 107 orang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe malam tadi.

Ia turut membawa 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing.

Foto dari Bernama
Sebelumnya penerbangan khas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 3.50 petang Isnin bersama 12 kru dan lapan petugas misi HADR.

Pesawat itu turut membawa 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China untuk membantu menangani penularan koronavirus di negara itu.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata semua penumpang, pasukan misi dan kru akan menjalani tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA sebaik sahaja tiba di tanah air.
Mereka yang mempunyai simptom akan dibawa ke hospital manakala yang melepasi saringan terus ke Pusat Pemantauan.



 

Post a comment

0 Comments