M'sia antara 25 negara digantung Visa Umrah



KERAJAAN
Arab Saudi mengeluarkan arahan rasmi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dari 25 negara berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus.

Malaysia disenaraikan sebagai sebuah negara terlibat dengan penggantungan tersebut.

Selain Malaysia, Arab Saudi turut menggantung visa China, Taiwan, Hong Kong, Iran, Itali, Korea Selatan, Macau, Jepun, Thailand, Indonesia, Syria, Yemen, Azerbaijan, Kazakhstan, Somalia dan Vietnam.

Usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabawi di Madinah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata Kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada Mac dijangka terjejas.

Sehingga jam 3 semalam, beberapa penerbangan yang sepatutnya dinaiki oleh jemaah umrah dari Malaysia telah dibatalkan setelah menerima arahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi memberitahu, sekatan sementara itu akan terus dikaji semula dari masa ke masa.

Post a comment

0 Comments