M'sia Klasik: Aiman bolot satu lagi jersi merah


RAJA
Bukit kejuaraan berbasikal Le Tour de Langkawi edisi ke-25, Muhamad Nur Aiman sekali lagi merangkul jersi merah sebagai pendaki terbaik.

Ia dlakukan anak kelahiran Setiu itu pada Perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia, sejauh 159 kilometer di Kuah siang tadi.

Nenurut Nur Aiman, beliau gembira dengan pencapiaannya hari ini, setelah menjadi pelumba tempatan pertama dinobatkan sebagai Raja Bukit dalam LTdL yang berakhir semalam.

Pada perlumbaan itu Muhamad Nur Aiman mengutip 11 mata dan membawa pulang RM1,000.

"Aiman gembira dapat meneruskan kemenangan pada hari ini, selepas menang jersi merah dalam perlumbaan LTdL, semalam.

"Untuk strategi perlumbaan hari ini, Aiman sentiasa cuba berada dalam kelompok hadapan, dan apabila menghampiri  KOM (zon pendakian), Aiman cuba meraih mata dan Aiman gembira dapat mengutip mata untuk perlumbaan ini," jelas anak jati Setiu, Terengganu itu.

Sebagai rekod, perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia merupakan perlumbaan perlumbaan sehari, ia diadakan setelah LTdL semalam berakhir, penganjur turut  menjemput nama-nama besar sukan berbasikal termasuk bekas pemenang LTdL untuk memeriahkannya.

Sementara itu, pelumba Perancis Johan Le Bon dari pasukan B&B Hotel Vital Concept memenangi perlumbaan tersebut mengalahkan pelumba dari Australia Jesse Ewart (Team Sapura Cycling) dan rakan senegara Lucas De Rossi (Nippo Delko One).

Kemenangan itu membolehkan, Le Bon membawa pulang RM10,000 serta 125 mata ranking dunia UCI, manakala Ewart di tempat kedua memenangi RM5,500 dan 85 mata dan De Rossi di tempat ketiga (RM3,000 dan 70 mata).

Bercakap pada sidang media selepas perlumbaan, Le Bon, 29, gembira atas kemenangan pertamanya musim ini, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan beliau sejak kali terakhir memenangi pra-perlumbaan di kejohanan Tour de l’Ain di negaranya pada 2017.

“Saya agak penat kerana ia satu perlumbaan yang sukar dan juga kerana kami baru sahaja menamatkan LTdL, semalam, semua orang agak penat. Tetapi saya memecut di peringkat akhir bersama pelumba Sapura (Ewart) dan rancangannya hanya untuk berada di hadapan kumpulan mengejar dan kami berjaya lakukannya,” kata Le Bon.

Beliau juga berkemungkinan untuk kembali menyertai LTdL pada masa hadapan selepas meraikan kejayaannya dalam penyertaan kali pertamanya itu.

Berkongsi perasaan yang sama, Ewart berasa agak gembira dengan keputusan hari ini, walaupun telah diatasi Le Bon di garisan penamat, walaupun pelumba-pelumba Sapura mendominasi kumpulan hadapan pada perlumbaan sehari ini.

“Ia oklah, kami cuba jadikan perlumbaan ini sukar. Tetapi pada pendakian terakhir kami nampak peluang untuk memecut, tetapi beliau ada sedikit kelebihan,” kata pelumba berusia 25 tahun yang menamatkan perlumbaan Jayco Herald Sun Tour, awal bulan ini di negaranya.

 

Post a comment

0 Comments