Mujahid selar tindakan pijak al-Quran


TINDAKAN seorang individu yang memijak al-Quran dalam sebuah video yang tular baru-baru ini disifatkan melampau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata tindakan itu ternyata menghina agama Islam. Beliau dengan tegas mengutuk perbuatan serius itu.

“Menghina agama Islam serta kitab suci al-Quran merupakan tindakan serius yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Justeru, semua pihak harus peka supaya tidak melakukan tindakan yang bersifat provokatif dan mempamerkannya di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

Mujahid sebelumnya mengulas tindakan seorang lelaki yang menghina Islam dengan

Mujahid merujuk kepada penularan satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang memijak al-Quran di dalam sebuah bilik dengan menyiarkannya secara langsungdi Facebook.

Dalam video berkenaan, lelaki yang menggunakan nama Facebook Zack Hard Candy itu dikatakan turut menghina Allah.

Selepas penularan video itu, lelaki berkenaan dibelasah sekumpulan lelaki muslim yang berang dengan tindakannya itu selepas berlaku pertengkaran sesama mereka.

Sementara itu tegas Mujahid, pihak berkuasa lelaki tersebut boleh dikenakan tindakan kerana menghina Islam.

“Negara ini mempunyai undang-undang yang boleh diguna kepada individu yang menghina agama Islam seperti Seksyen 298A dan Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi.

Post a comment

0 Comments