Notis merah cari Jho Low telah dikeluarkan - KPN


INTERPOL
telah mengeluarkan notis merah bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan paling dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun notis merah itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebaliknya ia hanya terhad untuk edaran dalam kalangan agensi penguatkuasa sahaja.

“Sebenarnya red notice (notis merah) sudah ada dan memang (Jho Low) tersenarai. jadi pihak yang katakan tidak ada notis merah dan sebagainya sila datang jumpa saya di pejabat ya.

“Notis sudah dikeluarkan (Interpol) dan dia tersenarai dalam notis itu untuk ditangkap segera,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, notis itu tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya kerana itu adalah protokol.

“Ada dua kategori dalam notis merah iaitu satu boleh dikongsi bersama kepada awam dan satu lagi hanya dihadkan kepada penguatkuasa sahaja,..agensi-agensi penguatkuasa sahaja,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada  ejen risikan dapat mengesan Jho Low keberadaan Jhi Low, Hamid Bador berkata, sebelum ini ahli perniagaan itu disahkan berada itu di Wuhan, China.

“Sebelum ini, dia disahkan bersembunyi di Wuhan, ikut risikan antarabangsa, tetapi tidak ada maklumat terbaharu sama ada dia melarikan diri dari situ ekoran penularan Covid-19.

“Kalau dia datang ke Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia akan berikan rawatan terbaik untuk dia kerana kita terbukti terbaik apabila berjaya menyembuhkan 9 orang yang positif Covid-19 setakat ini,” katanya.

Abdul hamid dipercayai berkata begitu bagi mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya notis merah bagi mencari Jho Low masih tidak dikeluarkan.

Post a comment

0 Comments