Patriot anggap Umno tak layak memerintah lagi


PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, situasi politik tidak menentu sekarang mungkin dapat diselesaikan dengan membenarkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menubuhkan kerajaan baru.

Presidennya Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan berkata, gabungan disertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP dan Amanah dilihat paling bersatu ketika berdepan kemelut semasa dan memiliki ahli parlimen paling ramai berbanding gabungan lain.

Beliau turut menggesa ahli parlimen dari parti lain agar dapat bekerjasama semula dengan HARAPAN bagi memulihkan keadaan.

"Patriot meminta anggota parlimen Bersatu, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak, mereka yang berprinsip, untuk menyertai PH dan membantu menubuhkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Patriot tegas berpandangan Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dielakkan seboleh mungkin dan menyifatkan gesaan oleh Umno dan PAS sebagai "pentingkan diri sendiri".

Ketika isu ekonomi melanda negara, apa-apa pilihan raya pada masa ini  tegasnya hanya akan menjejaskan ekonomi.

"Umno yang mensabotaj ekonomi negara tidak boleh dibenarkan memerintah lagi," katanya.

Post a comment

0 Comments