Pelajar sekolah dakwa dipaksa makan najis


SERAMAI
77 pelajar sekolah di Indonesia dilapor mendakwa dipaksa senior mereka untuk makan najis manusia.

Memetik laporan Jakarta Post, Seorang pelajar dari Sekolah  Tinggi Bunda Segala Bangsa (BSB) di Maumere, wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) memberitahu, ketika mereka kembali ke asrama sekolah untuk berehat selepas makan tengah hari.

Seorang senior kemudian datang mendakwa dia telah menemui najis di dalam almari yang biasanya kosong.

Pelajar senior terbabit kemudiannya memanggil semua pelajar junior untuk bertanyakan siapa yang meletakkan najis tersebut.

"Disebabkan tiada yang mengaku, pelajar senior mencedok najis tersebut dengan sudu dan memaksa semua 77 pelajar junior makan.

"Kami terpaksa makan kerana takut untuk melawan. Ia sangat menjijikkan," katanya.

Saksi juga memberi tahu, pelajar senior tersebut turut mengugut agar supaya hal tersebut tidak dilaporkan kepada ibu bapa.

Salah seorang ibu mangsa, Mariua Flora menggambarkan insiden itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menggesa pelajar senior yang terlibat dalam kes dera tersebut dihukum.

SBS bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun kompas.com melaporkan sekolah berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar untuk membincangkan perkara tersebut.

Post a comment

0 Comments