Pelakon lagenda Kirk Douglas tutup usia


PELAKON
legenda Amerika Syarikat (AS), Kirk Douglas dilapor  meninggal dunia pada usia 103 tahun.

Berita itu dimaklumkan anak mendiang yang juga aktor terkenal dan pemenang anugerah Oscar, Michael Douglas kepada majalah People semalam.
Dilahirkan pada 1916 di New York, Kirk dikenali dengan kebolehannya melakonkan banyak watak, dan menjadi bintang filem ketika era 'emas' perfileman Hollywood.

Kirk pernah membintangi filem ikonik antaranya Spartacus dan Gunfight at the OK Corral.

Beliau pernah tercalon sebanyak tiga kali sebagai pelakon terbaik dalam anugerah Oscar pada 1949 bagi peranannya dalam filem Champion, The Bad and the Beautiful (1952) dan Lust for Life (1956).

Pada 1991, Kirk terselamat dalam nahas helikopter, namun diserang strok lima tahun kemudian.

Post a comment

0 Comments