Pemimpin parti Putra didakwa cuba menghasut


SEORANG
peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur  atas dakwaan membuat hasutan perkauman di Facebook bulan lalu.

Berdasarkan laporan oleh FMT, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz didakwa memuat naik satu klip video 2 minit 17 saat ke akaun Facebooknya bulan lalu, di mana dia berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut mengenai orang Cina dan India.

Dia didakwa di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Sementara itu, Majistret Wong Chai Sia membenarkan Khairul diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin,.

Mohd Khairul juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula kes.

Berdasarkan laporan serupa, Mohd Khairul turut didakwa sebagai bertanggungjawab mencetuskan kontroversi apabila dia mengugut akan membuat laporan polis berhubung hiasan “berlebihan” sempena sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah menengah di Puchong.

Berdasarkan semakan, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz yang juga dikenali sebagai Buzze Azam merupakan Naib Presiden sebuah parti politik minoriti, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Post a comment

0 Comments