Penerjun Jepun tersangkut di Putrajaya


SEORANG peserta terjunan ekstrem sempena Putrajaya Base Jump semalam berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada aras 21 sebuah bangunan.

Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, penerjun Jepun Yasuhiro Kubo tergantung tiang lampu di sisi bangunan bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat lebih 10 minit sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Bagaimanpun, lelaki berusia lewat 50-an itu  dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Angin kuat dipercayai menolak Kubo kearah dinding bangunan berkenaan sejurus melakukan terjunan.

Sebagai rekod, Kubo mempunyai pengalaman lebih 32 tahun dan telah melakukan 12,000 terjunan dalam pelbagai disiplin.

Beliau merupakan antara 34 peserta asing daripada sembilan negara yang mengambil bahagian dalam acara Putrajaya Base Jump, anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena 25 tahun penubuhan Putrajaya dan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat PPj Tengku Aina Tengku Ismail Shah dalam satu kenyataan berkata pihak penganjur telah membuat persiapan rapi bagi berhadapan sebarang insiden menyedari sukan ekstrem itu sememangnya berisiko. 

Post a comment

0 Comments