Penubuhan k'jaan interim dianggap positif


PENGUMUMAN
pembatalan pelantikan menteri-menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti disampaikan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali malam tadi bukan perkara asing.

Pakar undang-undang terkenal, Datuk N. Sivananthan berkata, beliau berpendapat bahawa tidak ada lagi kerajaan apabila peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamed diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Maka pembatalan itu adalah proses automatik sebaik sahaja seorang Perdana Menteri meletak jawatan.

Malam tadi, Mohd Zuki dalam kenyataan berkata, pembatalan pelantikan itu dijalankan dibawah Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan.

“Tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) terhenti pada tarikh yang sama,” kata kenyataan Zuki.

Al-Sultan Abdullah semalam melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim (sementara) mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan tersebut bagi membolehkan Dr Mahathir menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Sementara itu, seorang peguam pakar undang-undang perlembagaan, Lim Wei Jiet yang dipetik satu wawancara bersama bernama yang ditanya sama ada terdapat keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan interim sementara menunggu pembentukan sebuah Kabinet baharu berkata tidak ada keperluan dari segi perundangan.

Namun Lim menjelaskan, secara dasarnya, penubuhan kerajaan interim boleh diangkap sesuatu yang positif untuk negara.

Sebagai rekod, Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei 2018 selepas memimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menumbangkan apa yang beliau gelar sebagai sebuah kerajaan kleptokratik.

Ia sekali gus menamatkan pemerintahan enam dekad Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO di Malaysia.

Post a comment

0 Comments