Perhilitan sahkan ada buaya di Dangan Bay


KEWUJUDAN buaya di sekitar kawasan Danga Bay dekat Johor Bahru disahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri.

Pengarahnya, Salman Saaban menggesa orang ramai berhati-hati dan tidak mengganggu sekiranya ternampak kelibat reptilia berkenaan di kawasan itu kerana habitat asalnya memang berhampiran dengan pesisiran pantai terbabit.

“Jabatan Perhilitan Johor memang mengetahui adanya kehadiran buaya di sekitar Danga Bay malah papan tanda amaran juga telah diletakkan di kawasan berkenaan untuk orang ramai berhati-hati.

“Kita harap orang ramai tidak ganggu buaya ini sekiranya ternampak.

"Buaya berkenaan berkeliaran sehingga ke Sungai Skudai, Memang buaya ini berkeliaran di kawasan terbabit kerana kawasan sungai yang merupakan habitat asal mereka bersambung dengan kawasan itu,” katanya.


BACA: Peraduan cabut tayar di leher buaya

Kelibat buaya itu sebelum ini pernah tular di media sosial.

Semalam tular satu gambar di media sosial Facebook yang menunjukkan kelibat reptilia berkenaan berkeliaran di sekitar kawasan pantai berhampiran sebuah pangsapuri mewah di kawasan tersebut.

Post a comment

0 Comments