Polis mula siasat SD sirul, bakal panggil saksi klip audio


PIHAK polis dilapor telah memulakan siasatan keatas 2 kes membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Dua kes tersebut difahamkan berkait dakwaan keterlibatan Najib dengan pembunuhan seorang warga Mongolia yang mayatnya diletupkan dan satu lagi kes berkaitan klip audio berkait 1MDB dan SRC International.

Timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan) Bukit Aman Mohd Roze Shaari berkata, sehingga kini 15 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan susulan kenyataan berkanun (SD) bekas anggota polis Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu baru-baru ini.

“Bagi melengkapkan siasatan sebelum permohonan Azilah untuk mengkaji semula hukuman matinya (difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijadualkan didengar pada 20 Apr 2020),” katanya.

Azilah, bekas seorang cif inspektor pada Disember lalu membuat pendedahan mengejutkan dari dalam penjara.

Dia yang sedang menunggu hukuman gantung setelah disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya membuat dakwaan mengejutkan dalam berkanun setebal 17 halaman yang mendedahkan bahawa dia membunuh Altantuya mengikut arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis setelah diarahkan Najib.

Beliau juga mendakwa, bekas teman lelaki Altantuya, Abdul Razak Baginda dan pegawai kanan polis Musa Safri maklum tentang “arahan” Najib itu.

Beliau mahu sabitan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2015. Azilah disabitkan membunuh Altantuya bersama-sama rakan setugasnya, Sirul Azhar Umar disemak semula.

Sementara itu, Roze juga mendedahkan bahawa  mengenal pasti 12 saksi yang dikaitkan dengan klip video antara Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Antaranya ialah Rosmah; ahli Parlimen Baling, Abdul Azreez Abdul Rahim; bekas setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh, dan bekas pegawai khas beliau, Amhari Effendi Nazaruddin.

“Mereka akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya merujuk kepada klip audio 'can i advise you something' yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM).

 

Post a comment

0 Comments