PPSMI : KEADILAN mahu bawa dalam mesyuarat


ISU Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kata Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agong KEADILAN  berkata setakat ini parti itu belum ada pendirian berhubung PPSMI kerana cadangan memperkenalnya semula baru diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

"KEADILAN bermesyuarat setiap minggu jadi kami akan membincangkan perkara ini segera.

"Perkara ini baru sahaja diumumkan oleh perdana menteri," katanya kepada pemberita di George Town.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan Dr Mahathir yang mahu mengembalikan semula PPSMI sedangkan parti itu satu ketika dahulu membantah serta menggesa memansuhkan PPSMI.

Dr Mahathir, yang memangku jawatan Menteri Pendidikan semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya semalam menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Dasar PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 telah digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat mulai 2010.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dalam satu kenyataan menentang cadangan Dr Mahathir itu sambil mengingaktan kerajaan perlu berdepan tentangan hebat rakyat sekiranya ia mahu dikembalikan.

Post a comment

0 Comments