Ramasamy yakin Tun M bukan dalang tukar kerajaan.


TIMBALAN
Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy yakin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan dalang di sebalik gerakan pengaturan semula landskap politik negara.

Tegasnya, Dr Mahathir tidak akan bertindak melepas jawatan perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya gerakan itu dirancang sendiri olehnya.

“Saya tidak fikir Tun (Dr Mahathir) menjadi dalang (gerakan itu). Kenapa dia nak letak jawatan (sekiranya beliau dalang). Kami perlu tunggu,” kata Ramasamy.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa dalam pertemuan bersama Dr Mahathir, bekas Pengerusi Bersatu itu  melahirkan rasa kecewa dikaitkan dengan percubaan menukar kerajaan itu. 


Jelas Anwar, Dr Mahathir juga menegaskan bahawa beliau bukan dalang disebalik cubaan mewujudkan kerajaan pintu belakang.

“Mahathir bincang beberapa perkara dan saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan, agenda reformasi harus diteruskan,” katanya Presiden KEADILAN itu. 

Selain meletak jawatan sebagai perdana menteri dan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir bersama beberapa ahli parlimen dari parti itu dilapor keluar parti.  



Parti itu yang sebelum ini membuat kenyataan untuk keluar dari HARAPAN bagaimanapun menolak perletakan jawatan itu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir yang juga  Pengerusi HARAPAN difahamkan tidak membuat sebarang kenyataan jelas berhubung jawatan itu.  Tiada ulasan bahawa beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi gabungan itu.

Post a comment

0 Comments