Remaja maut jatuh tingkat enam bersama bayi



SEORANG
ibu bersama bayinya ditemui meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari tingkat enam sebuah hospital di Lahad Datu.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, remaja berusia 16 tahun itu jatuh dari bangunan berkenaan bersama bayi perempuannya yang berusia lima bulan.

Bagaimanapun punca kejadian itu tidak jelas dan masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan memaklumkan bayi berkenaan pesakit di hospital terbabit.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan pihak kami akan memaklumkan sebarang perkembangan siasatan,” katanya.

Difahamkan, bayi kepada remaja itu sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Post a comment

0 Comments