Remaja perempuan maut digilis bas


SEORANG
  remaja perempuan maut digilis bas selepas motosikal ditungganginya terbabas.

Dalam kejadian di Kilometer 440.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Sungai Buaya ke Rawang jam 12.45 tengah hari itu, mangsa, Nur Azwein Farisha Azrul Hisyam, 20, disahkan maut di lokasi kejadian.

Kemalangan itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama Ego melanggar sebuah kereta jenis Hyundai Accent yang berada di lorong kecemasan.

Susulan rempuhan itu, mangsa terbabas di lorong tengah lebuh raya dan kemudiannya dilanggar sebuah bas.

"Motosikal mangsa yang tersangkut di bahagian hadapan bas telah diseret. Mangsa yang turut digilis mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala," katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata, siasatan mengenai punca sebenar kemalangan itu bagaimanapun masih dijalankan.

Post a comment

0 Comments